Khamis, 8 November 2012

Cerpen : KERANA DIA ADALAH JODOHKU..


Penulis : Puteri Baby Ella

Bab 1

Sedang aku sibuk melayan perasaan dengan mendengar lagu yang berkumandang di radio, aku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbitku. Terpampang nombor yang jelas sekali aku tidak mengenali pemilik nombor tersebut. Tanpa melengahkan masa, aku terus mengangkat panggilan itu.
“Assalamualaikum..ni siapa??..”
“Waalaikumussalam..saya Azhar. Masih ingat pada saya??..” balas Azhar.
“Ya ALLAH, kenapa dia menghubungi aku balik. Bukan dia pernah mengatakan yang dia tidak akan mencari aku dan dia tidak benarkan aku mencarinya. Apa yang harus aku buat sekarang. Aku nak cakap apa dengan dia ni. Sumpah aku masih mencintainya dan saat-saat ini adalah saat yang aku tunggu iaitu dia menghubungi aku kembali..”. bisik hati aku.
“Urrmmmm..yer. Saya masih ingat awak,tapi ada apa yer??..”
“Saya rindukan awak. Maafkan saya sebab sudah buat awak kecewa dulu. Waktu saya putuskan awak dulu,saya terlalu marah dan tak dapat kawal perasaan. Awak tahu kan yang saya dalam dilema saat itu antara cinta dan keluarga..”Azhar menerangkan dengan perasaan yang tidak keruan. Aku dapat rasakan itu.
“Sudah 2 tahun awak tinggalkan saya tanpa sebab yang munasabah, mudahnya awak meminta maaf dan menyatakan awak rindukan saya. Awak tak tahu apa yang telah saya lalui setelah awak tinggalkan saya..”. Aku terus mematikan telefon dan terbaring di sofa di bilik aku. Kenangan dulu masih kuat di ingatanku.


Bab 2
Tujuh tahun yang lepas, disaat aku sedang leka mengulangkaji pelajaran tersentak aku apabila telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Aku mengharapkan Azizul yang menghantar mesej itu. Azizul adalah bekas teman lelaki aku. Baru beberapa hari yang lepas kami putus. Mungkin jodoh kami tidak panjang tapi dalam sesingkat sebulan sebelas hari aku dan dia menjadi pasangan kekasih, aku dapat belajar banyak perkara.
Dia datang pada aku saat dia ditinggalkan bekas kekasihnya dan meninggalkan aku setelah aku menjadi pengubat hatinya. Mungkin takdir telah menentukan bahawa hadirnya aku dalam hidup dia adalah sebagai tempat persinggahan. Saat itu aku rasa kecewa yang teramat sangat. Kejamnya dia pada aku, menjadikan aku sebagai tempat persinggahan. Tapi aku terlalu mencintainya,dan akan memaafkan dia jika dia mahu kembali pada aku walaupun aku tahu perkara itu tidak akan berlaku. Tiba-tiba aku tersedar dari lamunanku dan terus membaca mesej yang masuk sebentar tadi.
Salam, boleh berkenalan tak?saya Azhar kawan Irfan. Awak Suraya kan?
Aku tidak tahu untuk buat apa. Aku bukan sombong sangat untuk tidak layan orang yang nak berkenalan,tambahan pula Irfan itu kawan sekelas aku tapi aku baru saja putus cinta dengan Azizul. Aku takut kalau-kalau aku jatuh cinta lagi. Aku tidak membalas mesejnya pada malam itu. Aku berniat untuk menyelidik latar belakang Azhar melalui Irfan di sekolah esok. Selepas habis mengulangkaji pelajaran aku terus tidur.
Minggu depan adalah minggu peperiksaan. Tahun ini aku sebagai pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir akan mengambil peperiksaan besar iaitu peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Aku mahu berikan yang terbaik dalam PMR ini. Aku bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah kluster pada tahun depan.
Setibanya aku di kelas, Irfan datang kepada aku dan bertanya samada ada tak kawan dia yang bernama Azhar mesej aku. Aku jawab la ada. Irfan senyum-senyum lalu meninggalkan aku dan kembali ke tempatnya kerana Miss Julina Marry sudah pon berada di luar pintu kelas. Aku panggil dia dan bertanya kenapa bagi nombor aku kat Azhar tu, dia jawab Azhar yang ambil nombor aku sendiri dalam telefon bimbit dia. Irfan sempat bagitau yang Azhar seorang budak yang baik sebelum Miss Julina Mary masuk ke kelas.
Aku hanya tersenyum mendengar itu dan mengeluarkan buku The Prisoner of Zenda. Aku seorang yang suka buat hal sendiri. Kawan-kawan yang rapat dengan aku di sekolah cuma Saadah, Nadia, Farhana dan budak-budak hoki. Hampir semua pelajar di sekolah itu tidak suka pada budak-budak hoki. Banyak kesalahan disiplin yang berlaku di sekolah itu diajukan kepada budak-budak hoki. Mujurlah guru pembimbing kami Cikgu Syukri adalah seorang guru yang sangat baik dan mempercayai kami. Selain sebagai guru pembimbing, dia juga bagaikan ayah bagi budak-budak hoki yang tinggal di asrama dan kaunselor kepada lebih kurang 30 orang budak hoki.
Cikgu Syukri adalah jurulatih hoki yang sangat tegas dan tidak hairanlah sejak dia menjadi coach hoki di sekolah kami,sudah 3 tahun berturut-turut sekolah kami menjadi johan peringkat daerah dan pernah menjadi juara di peringkat negeri. Terkadang aku rasa mahu tamatkan pelajaran aku sehingga SPM di sekolah ini, tapi aku mahu berdikari dan mengumpul pengalaman sepanjang aku belajar. Tapi aku tidak akan meninggalkan sukan yang aku minati ini jika aku dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah lain nanti.
Malam itu, Azhar menghantar mesej lagi. “Salam,maafkan saya Suraya. Saya mengambil nombor awak dari telefon bimbit Irfan. Niat saya cuma ingin berkawan dengan awak itupun kalau awak tak kisah. Saya tak kan ganggu awak lagi kalau awak tak suka kehadiran saya dalam hidup awak..”
“Wasalam. Maaf saya tak balas mesej awak semalam. Saya busy sikit semalam. Saya maafkan awak yang hal awak ambil nmbor saya dari telefon bimbit Irfan tu. Saya tak kisah kalau nak berkawan dan awak tak ganggu saya pon..”  balas aku.
“Alhamdulillah. Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya. Saya kenalkan diri saya. Nama saya Azhar,umur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar. Tinggal kat taman belakang Plaza Arisun. Awak pulak??..”
“Nama saya Suraya.  Awak boleh panggil saya Sue. Umur saya sama Irfan 15 tahun. Saya rasa awak tahu kan saya sekolah kat mana. Saya tinggal di Teluk Medan..”  jawab aku.
Malam itu kami masih kekok untuk tahu lebih dalam mengenai latar belakang masing-masing. Tidak banyak yang kami mesej, aku memberitahu bahawa aku mengantuk dan mahu tidur. Dan aku memberitahu kalau dia mesej dan aku tak balas maknanya aku sibuk dan tak mahu diganggu. Aku minta maaf sebab tak boleh terlalu asyik mesej sebab aku nak menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Aku mahu lakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini dan tidak mahu menyesal di kemudian hari. Sejak malam itu, Azhar tidak lagi menghantar mesej dekat aku. Aku andaikan yang dia tidak mahu ganggu aku dan aku membiarkan saja.
Alhamdulillah.. minggu peperiksaan berjalan dengan lancar. Apa yang telah aku ulangkaji keluar dalam peperiksaan dan aku berasa sangat gembira. Kertas Bahasa Arab Komunikasi adalah kertas peperiksaan yang terakhir dalam jadual peperiksaan aku. Soalannya agak mencabar dan kelakar. Aku telah mencuba yang terbaik untuk menjawab kertas itu tapi apa pon keputusannya aku hanya berserah. Petang kertas terakhir itu aku, Saadah, Nadia dan Farhana berjanji untuk keluar lepak-lepak di Bagan Serai setelah beberapa minggu kami tidak lepak-lepak bersama sebab hendak fokus pada peperiksaan. Tiba di stesen bas Bagan Serai, aku teringat balik peristiwa Azizul putuskan aku kerana mesej yang Azizul hantar untuk putuskan aku, aku baca waktu aku tengah naik tangga di stesen bas itu sebab nak pergi ambil seluar jeans yang telah dihantar di kedai atas stesen bas untuk diotter.
Ya ALLAH sampai nak terjatuh aku membaca mesej itu, mujurlah Nadia sempat menarik tangan aku dan aku tidak dapat menahan rasa sedih sehingga aku tidak sedar yang air mata aku menitis. Tidak tercapai di akal aku dia nak putuskan aku sebab kami tidak pernah bergaduh. Selama perhubungan kami, tidak pernah kami menyakiti hati masing-masing. Hubungan kami terlalu manis untuk digambarkan. Sehingga aku rasa dialah jodohku. Tapi siapalah kita untuk mengubah ketentuanNYA. Aku redha atas segala yang berlaku dan membuatkan aku lebih matang dalam kehidupan yang semakin hari semakin mencabar. Aku mohon kepada ALLAH s.w.t supaya tabahkanlah hati aku.

Penat berjalan satu pekan Bagan Serai kami pun singgah kat Restoran Aladdin, terletak bersebelahan dengan Kedai 99 sen dan berhadapan dengan Pusat Tuisyen Pak Su. Dekat pusat tuisyen itulah aku, Saadah, Nadia, Farhana mengambil kelas tambahan Mathematics dan Science. Terbawa aku pada kenangan sewaktu aku menjalani Kem Anak Soleh anjuran pusat tuisyen ini bersama Masjid Jamek Bagan Serai. Kem yang telah diadakan di Batu Ampar Resort, Padang Rengas ini telah berjaya mendapat sambutan seramai 100 orang pelajar. Di kem itu juga aku bertemu dengan Azizul buat kali pertamanya. Di kem itulah kami berkenalan dan perwatakannya yang sopan santun dari segi pertuturan ditambah dengan wajah tampan berkulit kuning langsat. Azizul adalah salah seorang fasilitator kem itu. 100 orang pelajar itu telah dibahagikan kepada 10 kumpulan.
Setiap kumpulan akan ada seorang fasilitator. Azizul adalah fasilitator kumpulan aku. Sungguh tidak di sangka-sangka. Azizul memperkenalkan dirinya dalam perjumpaan kumpulan aku. Rupanya dia adalah pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu. Aku terpaku mendengar dia berbicara,begitu sopan. Sepanjang kem itu aku yang telah dilantik sebagai penolong ketua kumpulan akan sentiasa bersama ketua kumpulan dan kami akan bertindak setelah menerima arahan daripada Azizul selaku fasi kumpulan aku. Memang tidak hairanlah kalau ada banyak mata yang memandang ke arah aku ketika aku sedang berbincang dengan Azizul dan ketua kumpulan aku iaitu Hakim oleh sebab Hakim pon tidak kurang tampannya. Hakim juga pernah ditawarkan menjadi model tetapi dia menolak tawaran itu atas sebab parents dia tak benarkan. Hakim anak kepada salah seorang peguam yang terkenal dan ibunya adalah bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri. Oleh itu mereka mahukan Hakim berjaya dulu dalam pelajarannya. Aku juga pernah rapat dengan Hakim tapi aku tahu ibunya tidak menyenangi kami berdua terlalu rapat.
Hakim juga pernah menyatakan perasaan cintanya pada aku tapi aku tiak melayaninya kerana lebih selesa dengan status kawan. Sebelum ini juga aku tidak pernah mempunyai hubungan yang istimewa dengan sesiapa pun walaupun ada beberapa kali pernah di ajak untuk couple. Jenis aku adalah susah untuk percaya cinta. Bagi aku cinta tu fitrah, datangnya sendiri tidak perlu dirampas atau dicari. Bila tiba masanya, cinta akan datang tanpa diduga. Program yang disediakan sepanjang kem itu sangat menarik dan cukup lengkap dari segi meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.
Pada malam hari jumaat itu pihak pengurusan mengadakan tazkirah maghrib dan setelah itu semua pelajar dikumpulkan di Dewan Perdana untuk mendengar ceramah tentang Bagaimana Untuk Menjadi Anak Yang Soleh. Setelah selesai sesi ceramah itu, kami dihidangkan supper dan selepas selesai supper semua pelajar dibenarkan balik ke bilik masing-masing. Awal pagi telah bangun untuk mandi dan perlu ada di surau pada waktu subuh untuk mendengar kuliah subuh dan solat subuh berjemaah. Awal juga aku bangun sebab takut terlewat. Biasalah mandi terpaksa bergilr-gilir. Keluar saja dari bilik ke surau aku dapat rasakan kesejukan yang teramat. Biasalah kem pon terletak di sebelah kawasan air terjun dan diatas bukit. Waktu mandi tadi pon sudah rasa macam nak beku. Setelah selesai kuliah subuh kami balik ke bilik masing-masing dan tukar pakaian yang sepatutnya untuk program kami yang seterusnya iaitu jungle tracking.
Sebelum jungle tracking kami telah disediakan sarapan pagi oleh pekerja kantin di situ. Setiap fasilitator kumpulan diarahkan untuk mengawal anak buah dan membuat warming up sebelum meneruskan agenda kami untuk jungle tracking. Sepanjang jungle tracking itu, aku dan Azizul sentiasa bersama sehingga membuatkan Hakim dan kawan-kawan perempuan aku yang lain cemburu pada aku dan Azizul. Aku tak tahu kenapa bila aku bersama Azizul aku rasa macam bahagia sangat dan berasa sangat selesa. Terkadang hati aku bertanya adakah aku jatuh hati pada Azizul?? Tapi tidak kisahlah kalau aku jatuh hati pada dia pun sebab melalui irformation yang aku dapat, Azizul baru saja putus dengan bekas aweknya. Aku dapat rasakan yang aku mempunyai peluang dan kelihatan Azizul juga meminati aku. Setiap kali ada budak lelaki yang bercakap dengan aku, aku tahu dia memerhati aku tambahan lagi kalau yang bercakap dengan aku itu ialah Hakim. Aku yakin aku dah jatuh hati pada dia dan tidak akan menolak cinta Azizul sepertimana aku menolak cinta Hakim jika dia berani untuk menyatakan rasa cintanya pada aku.
Selepas semua kumpulan sampai di tapak kem setelah selesai jungle tracking, guru penyelaras kem itu telah memberi kebenaran untuk kami mandi air terjun yang terletak betul-betul di sebelah bilik penginapan kami. Tanpa membuang masa aku dan kawan-kawan aku turun untuk mandi. Sedang leka kami mandi, seorang pelajar lelaki telah lemas. Apa yang membuat aku kagum pada Azizul adalah dia yang tidak mandi dan hanya duduk di atas batu sambil tengok kami semua mandi dan aku sempat tengok dia sedang dia tengah tengok aku, tiba-tiba buka baju dan terjun menyelamatkan budak lelaki itu. Pada sangkaanku Azizul tidak pandai berenang, rupanya sangkaan aku sama sekali tidak benar.
Setelah kejadian lemas itu, kami telah diarahkan berhenti mandi dan naik ke kantin. Paling tidak disangka yang lemas itu adalah pakwe Farhana. Aku terpaksa teman Farhana untuk melihat keadaan Zamir. Zamir mengalami kekejangan kaki yang menyebabkan dia tidak boleh berenang dan seterusnya lemas. Syukur, Alhamdulillah Zamir tidak apa-apa. Aku sempat lihat bagaimana guru-guru penyelaras mengucapkan terima kasih pada Azizul kerana telah menyelamatkan Zamir. Azizul hanya tersenyum dan senyumannya begitu menusuk di hati aku.
Aku berdoa ketika itu bahawa ” Jika dia tercipta untukku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Dan seandainya dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu”. Malam itu adalah malam penutup program Kem Anak Soleh itu. Setiap kumpulan telah diberikan tugasan masing-masing untuk membuat prsembahan. Kumpulan kami telah mendapat tugasan untuk berlakon dengan tajuk lakonan Anak Derhaka. Memang sukar untuk mendapat idea yang cantik dalam masa beberapa jam saja. Setelah berbincang kami mengabungkan semua idea yang telah dikeluarkan oleh setiap ahli kumpulan. Barulah aku tahu sebab kenapa Azizul tidak mandi air terjun bersama kami sedangkan dia pandai berenang. Rupa-rupanya Azizul tidak berapa sihat.
Aku dan Azizul hanya bertugas menjaga barang-barang di belakang dan aku juga bertindak sebagai pencerita dalam lakonan itu. Sewaktu kami membuat kerja dibelakang pentas itulah Azizul telah meminta nombor telefon bimbitku.
“Sue, boleh saya minta nombor telefon awak??..” soalnya.
“Urrrmmm..boleh jer. Ambil laaa..017-8604856. Nanti jangan lupa misscall or mesej yarr..” jawab aku sambil tersenyum.
Tanpa berfikir panjang aku terus memberikan nombor telefon aku kepada dia. Dia salin nomborku sambil dia hadiahkan senyumannya yang menawan. Aku mengharapkan dia meminta nombor aku itu untuk dia menyatakan perasaan dia kepada aku. Kem yang telah diadakan selama 3 hari itu bagi aku terlalu singkat. Hari ahad itu tiba juga dan menandakan bahawa kem itu juga akan berakhir.
Pagi ahad itu kami cuma membuat aktiviti sendiri. Setelah makan tengahari kami diminta untuk ke dewan. Guru-guru penyelaras memberi sepatah dua kata seterusnya kami bersalaman antara satu sama lain sambil menyanyikan lagu sahabat sejati. Agak tersentuh juga hati tatkala waktu itu setelah mengenangkan banyak sudah aktiviti yang telah dilalui bersama dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan yang lain.
Sampai di bilik aku mengemaskan bajuku. Disebabkan masalah mabuk yang aku alami, sejak dari datang lagi aku sudah menaiki kereta bersama Ustaz Alif untuk ke kem ini. Aku naik kereta bersama 2 orang lagi rakan-rakanku yang juga mempunyai masalah yang sama denganku. Ustaz Alif sudah berjumpa denganku setelah selesai aktiviti bersalam tadi. Dia memberitahu bahawa kereta dia ada di tapak kem, jadi boleh ambil beg dan pergi ke keretanya. Niat hati aku nak naik bas bersama dengan teman rapatku yang lain dan dapatlah aku memerhatikan Azizul mungkin buat kali terakhir.
Apa yang membuat hati aku jealous adalah Munirah, gadis yang seakan-akan cina itu menaiki satu bas dengan Azizul. Aku masak sangat dengan perangai Munirah tu yang suka merampas boyfriend orang lain walaupun kawan baik dia sendiri dia sanggup. Aku tahu dia tak senang duduk kat kem tu sebab dia tak suka tengok Hakim dan Azizul rapat dengan aku. Tahulah aku yang Munirah itu menyukai Hakim, tapi Hakim tidak mengendahkannya. Sejak dia dapat tahu bahawa Hakim suka pada aku, ada saja yang tak kena pada aku di mata dia. Mujurlah kami tidak sekelas di sekolah. Munirah dan Hakim satu kelas di sekolah. Semua orang tahu yang Munirah tu gedik dan kaki kipas. Paling hebat sekali dia pandai membodek penolong kanan sekolah aku. Munirah juga adalah anak orang kaya. Ayahnya pemilik syarikat bas kilang dan bas persiaran.
Farhana juga menaiki bas yang sama dengan Azizul. Rupa-rupanya Azizul dengan bekas pakwe Munirah dulu adalah sepupu. Munirah sudah lama kenal Azizul cuma jarang bersembang menyebabkan mereka agak kekok sedikit bila bercakap. Dengar kata Munirah sudah mula minat pada Azizul sejak hubungannya dengan bekas pakwe dia retak. Tapi Azizul tidak melayannya disebabkan Azizul juga sudah mempunyai awek pada waktu itu.


Bab 3
“Sue..sue.. kenapa dengan kau nie??..” Tanya Farhana. Mungkin pelik tengok aku yang dari tadi mengelamun.
“Eh.. tak da apa lah.. aku teringat sesuatu tadi..” balasku.
“Haaaa..kau ingatkan siapa Sue??.” Mencelah Nadia.
“Tak da apa laaa..teringat kita tuisyen kat Tuisyen Pak Su nie dulu..kelakar sangat. Bukan nak belajar sangat pun. Main jer banyak..” jawabku.
“Tu la pasal. Kesian aku tengok Pak Su dapat student macam kita..hahahahaaa…” gelak Saadah.
Aku, Nadia dan Farhana terkejut dengan kelakuan Saadah yang gelak macam orang kena rasuk. Semua yang ada di restoran itu memandang ke arah kami. Saadah kelihatan malu sangat sehingga merah mukanya apabila dia menyedari bahawa senua orang tengah memandangnya kerana dia gelak sampai tak ingat dunia. Tahulah kami kenapa dia gelak sampai begitu. Setiap kali Pak Su mengajar, Saadah akan menanyakan soalan sampai Pak Su sudah hilang akal untuk menjawabnya. Saadah adalah seorang pelajar yang pintar dan aktif dalam sukan. Dia adalah salah seorang pelajar yang guru-guru target boleh mendapat straight A dalam PMR. Aku, Nadia dan Farhana cuma biasa-biasa saja. Keputusan percubaan Saadah juga dia mendapat semua A. Aku cuma mendapat 7 A dan Nadia dan Farhana, kedua-duanya mendapat 6 A.
Sebelum masuk ke tingkatan 3 dulu, guru-guru pernah melarang kami dari aktif dalam hoki dan menyuruh kami fokus pada akademik. Tapi kami sebagai pelajar yang degil, kami teruskan juga minat kami itu. Bagi kami aktif dalam sukan bukan lah bermakna kami tidak hiraukan akademik. Buktinya kami sentiasa memberikan yang terbaik dalam kedua-duanya. Sedarlah kami bahawa kami ini pelajar harapan sekolah. Kami adalah pelajar Rancangan Khas yang telah dipilih oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Tidak hairanlah jika ada pelajar kelas lain yang cemburu melihat pelajar kelas kami yang bagaikan Anak Emas sekolah. Paling menyedihkan sekali nama aku, Nadia, Farhana dan Saadah pernah digugurkan daripada senarai pemain utama hoki dalam Kejohanan Hoki peringkat Negeri pertengahan tahun ini. Setelah berbincang dengan Cikgu Syukri tahulah kami bahawa Penolong Kanan HEM yang telah membuat keputusan itu.
Selepas itu, semua pemain hoki membuat perbincangan dan mereka membuat rayuan dan meminta tandatangan para guru dan seratus orang pelajar untuk membenarkan kami join kejohanan itu. Tidak disangka para guru dan pelajar-pelajar yang lain menyokong kami berempat join kejohanan itu. Dapatlah kami berempat beraksi di padang hoki peringkat negeri lagi tahun ini. Alhamdulillah, Daerah Kerian mendapat naib juara. Kami bersyukur walaupun tidak dapat kekalkan kejuaraan kami seperti tahun lepas. Derah Kinta mendapat juara pada tahun ini dengan hanya berbeza dua mata saja dari kami. Mereka juga bermain dengan bersungguh-sungguh jadi tidak hairanlah kalau mereka menjadi juara.
“Maafkan kami cikgu sebab tak dapat kekalkan juara tu milik kita..” kata Aisyah kepada Cikgu Syukri.
“Tak apa lah Ecah.. Cikgu faham kamu semua dah bermain bersungguh-sungguh. Lagi satu ramai yang antara kamu yang injured. Kamu yang berjuang dengan sehabis baik..” balas Cikgu Syukri.
“Urrmmm.. Cikgu, bila kita boleh balik??..” Tanya Sofia
“Cikgu ingat nak bawa kamu jalan-jalan kat Ipoh ni dulu. Bolehlah saya belanja kamu semua sebagai ucapan terima kasih saya kerana kamu sudah memberikan yang terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung…” jawab Cikgu Syukri.
“Cikgu nak bawa ke mana?? Kami nak pergi Lost World Of Tambun boleh tak??.. tanya Fadhil pula.
“Urrrmmm..betul..betul.. saya nak pergi juga Lost World tu..saya tak pergi lagi…” kata Farhana.
Aku yang kepenatan tidak berbicara sejak tadi. Hanya mampu melayan apa yang mereka bualkan. Rasa macam nak patah dah tulang temulang aku ni sebab letih sangat bermain tadi. Nadia dan Saadah dari tadi menghilang ke toilet. Petang itu kami dapatlah kami pergi bergembira ke Lost World Of Tambun tu. Malam itu selepas cikgu belanja kami makan di salah sebuah restoran yang terkenal di Ipoh, kami pun memulakan perjalanan balik ke sekolah.


Bab 4
Malam ini sungguh damai, membuatkan aku teringat pada Azizul. Selepas kami balik dari Kem Anak Soleh itu, 2 hari selepas itu dia menghubungiku. Pada mulanya aku takut nak angkat panggilan itu kerana nombor yang tertera adalah nombor yang aku tak kenal. Setahu aku tak ramai orang yang tahu nombor aku. Tetapi aku bukan sombong, cuma aku tak pandai sangat bergaul dengan orang lain. Setelah 3 kali Azizul call aku baru lah aku angkat.
“Assalamualaikum..nie Sue ker?? maaf kalau ganggu, ini Azizul..’’ terangnya.
“Waalaikumussalam..ohhh..nie Azizul ker?? Sue ingatkan siapa tadi..maaf lambat jawab call..” jawabku.
“Ehhh..tak per..saya tahu awak mungkin takut nak jawab call orang yang tak kenal. Sue sihat??dah makan ker??..” soalnya.
“Urrmmm..Alhamdulillah Sue sihat. Sue dah makan dah..Azizul??..” jawabku.
“Zul dah makan juga. Zul tak berapa sihat laa..”
“Ehhh..kenapa dengan Zul?? Zul sakit apa?? Dah makan ubat??..” soalku dengan cemas.
“Urrmmm..Zul sakit rindu laa..Zul rindu sangat kat Sue..makan pun tak berapa nak ada selera..” jawab Azizul dengan jujur.
“Isshhh..orang tanya dia betul-betul. Dia main-main pulak. Kenapa rindu kat Sue??..” tanyaku.
“Entahla Sue. Sejak balik hari tu rasa macam nak call Sue dah tapi malu sangat. Sekarang ni dah tak mampu nak tahan lagi dah. Tu yang beranikan diri untuk call juga. Ada yang marah tak kalau Zul call Sue??..” soalnya lagi.
“Yer la tu.. apa maksud Zul?? Ada orang marah tak?? Urrmmmm…” blur aku.
“Maksud Zul, Sue ada boyfriend dah ker?? Zul tak nak nanti ada orang tak puas hati dengan Zul pulak sebab kacau awek orang..” terangnya.
“Jangan risau Sue tak ada pakwe dan tak pernah ada pakwe..okay..” jawabku.
“Ye ker?? Macam tak boleh dipercayai jer Sue kata Sue tak pernah couple.. budak sekarang nie kan dah maju…”katanya lagi.
“Laaa..betul laa..tak kan Sue nak bohong pulak.. Sue tak jumpa yang sesuai dengan Sue lagi..” terangku.
“Ye ker?? Zul sesuai tak dengan Sue??..tanya Zul dengan serius.
“Urrrmmm.. kalau sesuai pon tak kan Zul nak jadi boyfriend Sue kan??..”soalku
“Siapa kata Zul tak nak. Zul sebenarnya dah jatuh hati pada Sue pada kali pertama Zul tengok Sue kat masjid hari kita daftar kem tu lagi..” jelasnya.
“Urmm..ye ker?? Tak sangka kan. Sue pun rasa macam Sue suka pada Zul sejak kali pertama kali Sue perasan Zul dekat kem hari tu..” terangku walaupun agak malu.
“Kalau macam tu sudikah Sue menjadi pemaisuri dalam hati Zul??..”
Tanpa malu lagi aku pun mengiyakan ajakan Zul untuk couple dengan dia dan aku terus letak telefon. Aku berasa sangat gembira dan malu. Tahulah dia aku tak pernah merasakan saat ini. Ini pertama kali dalam hidupku. Tiba-tiba aku dapat mesej dari Azizul.
“Salam syg..terima kasih sebab sudi menjadi pemaisuri hati abg..abg cintakan syg.. abg berjanji akan menjaga hubungan kita..semoga syg selesa dengan panggilan abg pada syg..abg nak yang terbaik untuk kita..pelajaran itu penting..semoga kita dapat menjaga batas-batas pergaulan kita dan meningkatkan prestasi pembelajaran kita..jaga diri syg baik-baik.. selamat malam..”
Sungguh indah malam itu aku rasakan. Bagaikan nak aku peluk bintang-bintang yang dilangit dan nak aku hebah kan di seluruh cakerawala bahawa aku telah mendapat cinta yang aku tunggu selama ini. malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali kerana hati aku cukup gembira. Tapi aku tak tahu kepada siapa hendak ku ceritakan berita gembira itu. Bagi aku tidak tepat waktunya Azizul mengajak aku untuk bercoulpe kerana aku baru sahaja habis percubaan. Peperiksaan percubaan aku adalah sebelum Kem Anak Soleh itu. Peperiksaan PMR sebenar aku belum lepas lagi. Lebih kurang lagi 2 bulan aku akan menduduki PMR yang sebenar. Aku harap hubungan aku dan Azizul tidak akan menganggu pelajaran kami. Ini adalah kerana tahun ini Azizul juga akan menduduki peperiksaan besar iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku mahukan yang terbaik untuk kami dari segi hubungan kami dan juga pelajaran kami.
Hari-hari yang aku lalui selepas menjadi awek kepada Azizul sangat berbeza. Aku menjadi lebih ceria kerana setiap malam Azizul akan call aku dan sentiasa memberikan aku nasihat dan kata-kata yang membuat aku rasa  macam nak suruh dia ulang banyak kali kata-kata itu. Di sekolah saja sudah ramai yang tahu bahawa aku sudah mempunyai boyfriend. Aku memberitahu pada Nadia, Farhana, Saadah dan beberapa lagi member aku. Tak sangka berita tu cepat tersebar dan Hakim juga tahu hal ini. ini membuatkan dia macam tak berapa puas hati dengan aku kerana dia yang juga look perfect pon aku tolak ajakannya untuk bercouple.
“Sue, Hakim dengar Sue dah couple?? Betulker?? Soalnya.
“Yer, Hakim. Sue dah couple…” jawabku.
“Couple dengan Azizul yang fasi kita kat kem hari tu kan?? Mencelah Hakim.
Belum sempat aku nak kata apa-apa. Hakim sudah mencelah. Aku tahu yang Hakim sedang tahan marah dia. Selepas persoalan itu lama juga kami diam tanpa kata. Untuk mengelakkan perkara lain yang terjadi aku tinggalkan Hakim seorang diri dengan mukanya yang merah padam itu. Semua orang kenal yang Hakim tu panas baran. So, aku tak nak lah nak menyimbah minyak pada api yang sedang marak. Aku pergi dari situ dan terus masuk ke kelas. Apa yang menghairankan aku, sepatutnya Hakim dah balik sebab cuma kelas aku yang ada Kelas Kemahiran Al-Quran. Hakim kelas Rancangan Khas Science. Tapi kenapa dia masih ada di sekolah. Mungkin dia mahukan jawapan dari aku tentang hal aku dan Azizul itu dulu baru dia nak balik. “ Maafkan aku, Hakim. Bukan niat aku untuk buat kau marah atau tidak puas hati pada aku dan Azizul, tapi dia telah berjaya membuka pintu hati aku untuk jatuh cinta pada dia. Memang kau suka pada aku, tapi tahukah kau bahawa cinta tidak boleh dipaksa. Aku tak mampu paksa hati aku untuk cintakan kau..” bisik hatiku..
Setelah 2 minggu aku menjadi kekasih Azizul, dia mengajak aku untuk berjumpa di Bagan Serai. Aku memang akan ke Bagan Serai setiap minggu sebab aku tuisyen di situ. Tapi aku takut kalau aku terleka keluar dengan Azizul sampai aku lupa pada pelajaran. Aku tahu Azizul macam tidak selesa dengan sikap aku yang agak pentingkan diri sendiri. Azizul nak aku melayan dia sepertimana awek kawan-kawan dia melayan kawannya. Aku tidak pandai untuk bermanja-manja atau menunjuk sangat yang aku ada pakwe. Lepas tuisyen Azizul menunggu aku di luar pusat tuisyen sebab dia mengajak aku makan KFC dengan dia.
“Ehhh..Zul buat apa kat sini??..” tanyaku..
“Abang tunggu sayang laaa..” jawabnya.
“Urrmmm..tunggu Sue untuk apa??..”
“Abang nak ajak awek abang ni makan KFC.. nak tak??..” soalnya.
“Dah lewat la Zul.. Sue tak nak balik rumah lewat.. nanti mama dan abah kata apa pulak…” jawabku.
Tak laa..sekejap ja..abang rindu sangat kat buah hati abang nie..”terangnya.
“Maaf yer Zul.. Sue takut mama dan abah risaukan Sue. Nanti la yer.. InsyaALLAH ada masa nanti kita jumpa yer..”jawabku.
“Errmmm.. tak pe laaa.. kalau dah sayang kata macam tu. Abang terus balik rumah je laaa..”
Sambil senyum.. “balik hati-hati yer Zul..”
Aku tahu Azizul kecewa dengan sikap aku, tapi aku harap dia faham aku masih baru dalam bab-bab cinta ni. So, masih banyak benda yang aku tak tahu. Dia pun tidak memaksa aku. Kalau mesej aku masih mampu panggil dia dengan panggilan abang. Tapi kalau bercakap dalam telefon atau berjumpa, aku masih kekok untuk panggil dia abang. Geli sangat rasanya. Aku harap Azizul faham. Aku sedar mungkin aku bukanlah yang terbaik, tapi aku akan selalu mencuba untuk membuat Azizul bahagia bila bersama aku. Walaupun aku tidak mampu untuk menjadi seseorang yang sempurna pada Azizul, kami tidak pernah bergaduh. Itu yang membuat aku bertambah sayang pada Azizul.
Hari ini genaplah sebulan aku couple dengan Azizul. Hari itu hari sabtu, jadi dia ajak aku keluar selepas tuisyen. Dan dia berjanji akan menghantar aku terus ke rumah selepas kami keluar. Aku tidak tahu hendak membuat alasan apa lagi. Aku kasihankan Azizul kerana sudah banyak kali dia mengajak aku keluar tapi aku enggan keluar. Hari itu aku setuju untuk keluar dengannya selepas habis tuisyen. Habis jer kelas tuisyen, aku terus turun bawah. Azizul sedang menunggu aku. Aku terus ke arahnya dan bertanya dia mahu kemana dan dia menjawab dia mahu ke Plaza Arisun. Aku pun menuruti dia ke Plaza Arisun. Hampir 5 minit berjalan kami sampai di Plaza Arisun. Aku lihat Azizul tidak seperti yang aku kenal. Dia kelihatan banyak diam dan macam sedang memikirkan sesuatu. Kami pun tidak banyak cakap. Aku fikir mungkin Azizul tidak berapa sihat kerana dua hari lepas dia demam. Kami makan di MarryBrown di tingkat bawah Plaza Arisun. Sedang aku leka makan, aku dapat rasakan yang Azizul lain sangat. Dia asyik membaca dan membalas mesej dengan siapa aku sendiri tidak tahu. Aku memang nak ambil tahu, tapi aku tidak pasti layakkah aku berbuat begitu sebab aku bukanlah isterinya. Jadi aku andaikan itu mungkin adik atau kawan-kawan dia.
Habis makan dia terus ajak aku balik. Aku tak tahu kenapa aku rasa Azizul macam tak gembira bersama aku. Aku turuti saja apa yang dia cakap. Dia terus menghantar aku ke rumah. Sampai saja di rumah aku dapati bahawa mama dan abah tiada di rumah. Azizul kelihatan lega sebab tidak perlu berjumpa mama dan abah. Dia berbeza sangat dengan Azizul yang aku tahu. Bukankah dia yang nak sangat jumpa mama dan abah aku. Dia meminta izin untuk balik. Aku pun menganggukkan saja. Sebenarnya aku nak tanya kenapa dia kelihatan lain hari ini. tapi aku rasa lebih baik kau biarkan dulu. Aku bercadang untuk menanyakan soalan hanya dalam mesej. Aku takut kalau akulah penyebab dia berubah. Mungkin aku tidak pandai menjaga hati dia.
Malam itu sekali lagi aku hairan dengan dia. Sejak balik dari keluar tadi sampai sekarang sudah pukul 11 malam. Azizul tidak menghantar mesej mahupun call aku. Aku dah 3 kali mesej dia, tapi tidak dibalasnya. Aku semakin resah. Apa yang terjadi pada Azizul. Dia tidak pernah berkelakuan begini sebelum ini. Yakinlah aku bahawa ada sesuatu yang berlaku pada Azizul. Mungkinkah dia telah ada yang lain. “Ya ALLAH.. Aku sayangi Azizul. Aku tak sanggup kehilangannya. Aku mahukan dialah pertama dan terakhir untukku…” rintih hatiku.
Ternyata tekaan aku selama ini benar. Genap hubungan kami sebulan sebelas hari kami putus. Apa yang tahu dari sumber yang boleh dipercayai bekas awek Azizul mahu kembali padanya. Lalu Azizul telah memilih dia dan tinggalkan aku. Ya ALLAH.. aku tak mampu dan aku tak kuat dengan dugaan yang Kau beri ini. Peperiksaan PMR aku tidak lama lagi.
“Salam.. Sue maafkan Azizul. Azizul tak layak untuk Sue. Sue berhak dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada Azizul. Azizul doakan Sue lebih bahagia dan gembira bila tidak lagi bersama dengan Azizul…”
Mesej yang dihantar itu membuatkan aku tak mampu berdiri pun. Tidak tahukah dia bahawa sejak kehadiran dia dalam hidup aku, dialah pembawa kegembiraan dan kebahagian dalam hidup aku. Aku mahukan dia. Bagi aku tiada yang lebih baik daripada Azizul untuk aku jadikan sebagai kekasih hati aku. Walaupun hubungan kami cuma sesingkat itu, aku sangat-sangat mencintainya. Dia pernah berjanji tidak akan meninggalkan aku. Sejak dari hari itu, aku bukanlah seperti Sue yang dulu. Aku banyak diam dan lagi 3 minggu aku akan menduduki peperiksaan PMR  aku telah membuat keputusan untuk berhenti dari terus tuisyen kat Bagan Serai itu. Aku tak mampu menahan perasaan apabila teringatkan Azizul yang selalu tunggu aku setiap kali aku habis kelas tuisyen. Sejak hari itu, aku sering bersendiri samada di rumah atau di sekolah.
Orang yang paling mengetahui bagaimana perasaan aku ketika itu adalah mama aku. Aku sendiri tak tahu kenapa bila aku terfikirkan Azizul air mata aku laju menitis. Mama banyak memberi nasihat pada aku. Katanya jangan menganggap semua orang asing itu baik untuk kita. Kita tak tahu apa yang ada difikirannya. Aku tahu aku seorang yang merasakan begitu. Azizul tentu tengah bahagia bersama aweknya. Dulu setiap kali melihat Saadah menangis sebab boyfriend dia, aku sering menganggap yang dia bodoh sangat sebab menangis kerana lelaki. Sekarang bila dah kena barulah aku tahu bagaimana perasaannya ditinggalkan. Mujurlah family dan kawan-kawan aku banyak memberi dorongan untuk aku terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Mungkin ini adalah pengalaman pertama aku. Aku cuba kuatkan balik semangat aku untuk family aku dan peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selepas pristiwa itu, aku telah berjanji untuk tidak menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidup aku. Aku sudah penat dikecewakan.
Apa yang membuatkan aku lebih kecewa adalah rupa-rupanya Azizul bukan couple balik dengan bekas aweknya tetapi couple dengan Munirah. Ya ALLAH rupa-rupanya Munirah lah yang mesej dengan Azizul pada hari pertama kami keluar dating selepas sebulan kami couple. Berita itu disampaikan oleh Nadia kerana Nadia pernah ternampak Azizul menunggu Munirah balik tuisyen. Tidak hairanlah kenapa Azizul berani menunggu Munirah kerana aku sudah berhenti tuisyen di situ. Itu juga adalah sebab kau, Azizul. Kalau sebab tidak mampu menahan godaan Munirah la yang menyebabkan kau pergi dari aku, aku tak kisah la. Kalau kau tak mampu menahannya sekarang, sudah tentu selepas kahwin juga kau boleh lakukannya. So, aku tak rasa menyesal kalau kau tinggalkan aku.
“Kesiannya aku tengok orang tu ditinggalkan kekasih…hahahaaa..” perli Munirah.
“Kesian lagi yang tak malu goda kekasih orang. Dah orang tak nak, dia goda.. lepas tu yang digoda pun gila sebab baru kena goda sikit dah lembik…hahahahaaa…” balasku.
“Ehhh…biar aku laa..padan muka kau..” katanya.
“Sebab selama ni aku biar lah, yang kau boleh goda Azizul,cuba kalau aku tak biarkan, silap-silap Azizul tu nak pandang perempuan lain pun tak nak…tapi aku saja nak bagi kau peluang couple dengan manusia yang lembik tu.. tak takut ker sedangkan aku pun dia boleh tinggal, inikan pula kau yang tak seberapa ni???hahahaaa..jaga la balak kau tu baik-baik. Jangan sampai digoda orang lain, nanti lari pulak dia kat perempuan lain..hahahaaaa..” kataku.
Setelah itu Munirah terus meninggalkan aku dengan muka yang merah padam.
“Dah la ambil pakwe aku, boleh pulak nak sakitkan hati aku. Tengok la sapa yang sakit sekarang ni..hahahahaa..” bisik hatiku.


Bab 5
Ya ALLAH berdebarnya hati aku. Hari itu adalah hari keputusan PMR keluar. Malam sebelum keputusan PMR keluar saja aku tak dapat nak lelapkan mata. Resahnya hati aku, Tuhan saja yang tahu. Saadah, Farhana dan Nadia sudah memberitahu bahawa mereka menunggu aku di depan pagar sekolah untuk mengambil keputusan sama-sama. Aku sendiri tidak tahu pukul berapa aku nak pergi ke sekolah. Kalau boleh aku tak nak ambil result tu pun. Tapi tak boleh. Mama dan abah juga kelihatan seperti tahu aku sedang dalam keresahan. Pagi itu mama menyediakan sarapan kesukaan ku iaitu nasi lemak dan telur rebus. Abah berpesan padaku supaya pergi ke sekolah selepas menunaikan Solat Dhuha.
Setelah selesai Solat Dhuha, aku terus bersiap untuk ke sekolah. Sebelum aku keluar rumah aku salam mama dan abah sebagai memohon restu mereka. Pada mulanya abah dan mama mahu menghantar aku ke sekolah, tapi aku tak benarkan. Biarlah aku pergi sendiri. Semakin dekat aku dengan pagar sekolah semakin aku resah. Dari jauh aku sudah mendengar nama aku dipanggil. Tahulah aku itu adalah suara Nadia. Kelihatan Farhana, Saadah dan Nadia sudah tidak sabar-sabar untuk mengambil keputusan. Sepanjang kami berjalan menuju ke dewan untuk mengambil keputusan sudah ada yang balik dari mengambil keputusan. Salah seorangnya ialah Hakim. Hakim kelihatan sangat gembira begitu juga parents dia. Debaran di hatiku semakin kuat. Ya ALLAH bantulah hambamu ini. Berikanlah aku kekuatan untuk redha dengan apa pun keputusan yang aku dapat. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil. Rupa-rupanya Cikgu Din yang memanggil namaku. Keputusan PMR aku sedang berada di tangannya.
“Kenapa kamu resah sangat nie?? Saya panggil nama kamu pun lambat sangat kamu nak datang kat saya..” soal Cikgu Din.
“Maafkan saya cikgu. Saya tak perasan cikgu panggil saya. Mungkin sebab saya takut sangat kot…” jawabku.
“Kamu dah buat yang terbaik, kenapa perlu takut??..” kata Cikgu Din.
Aku tak mampu nak menjawab soalan Cikgu Din lagi. Sambil berdiri, Cikgu Din mengucapkan tahniah kepada aku. Saat itu, aku rasa seperti aku sedang diperhatikan oleh sejuta manusia. Semua yang berada berdekatan denganku menantikan apakah keputusan yang aku dapat. Terutama sekali Saadah, Nadia dan Farhana.
“Tahniah Suraya. Kamu mendapat 8A,1B..” ujar Cikgu Din.
“Haaa?? betul ker cikgu. Alhamdulillah…” sambil memegang slip keputusan PMR aku.
Ya ALLAH aku bersyukur sangat ke hadrat Illahi atas kemurahan rezekinya kepada aku. Saadah, Nadia dan Farhana terus memelukku dan tidak ku sangka air mata kegembiraan ku jatuh dengan lajunya. Walaupun aku telah ditimpa dengan pelbagai dugaan sebelum aku menduduki peperiksaan ini, aku mampu menghadapinya. Tiba-tiba aku merasa macam ada tangan yang memegang bahu ku dari belakang. Rupa-rupanya mama dan abah datang juga ke sekolah. Aku terus memeluk mama dan abah sebagai tanda terima kasih aku pada mereka kerana telah banyak membantu aku menjadi seorang yang kuat dan tabah.
Saadah mendapat straight A iaitu 9A. Farhana dan Nadia,  kedua-duanya mendapat 7A,1B dan 1C. Kami bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa jemu kepada kami. Kami juga sempat bergambar bersama pengetua, guru-guru, ibu bapa dan pelajar yang lain. Aku harap ini adalah peluang untuk aku mendapat tempat di sekolah yang aku pohon. Aku memohon untuk meneruskan pelajaran aku di sebuah sekolah teknik kawalan iaitu Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Sekolah itu sangat bagus dari segi akademik dan kokurikulumnya. Aku bercadang untuk terus aktif dalam sukan hoki di sekolah itu. Saadah, Nadia dan Farhana masing-masing memohon untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh seperti MRSM atau sekolah sains yang lain.


Bab 6
Hari yang ditunggu telah tiba. Cuma aku yang tinggal bersama budak hoki yang lain untuk menyertai kejohanan hoki pada tahun itu. Saadah, Nadia dan Farhana telah pun berpindah untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Aku juga mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Seri Puteri di Selangor, tapi aku tolak. Aku bukanlah seorang yang suka akan tinggal di bandar besar. Aku lebih suka hidup dalam kesederhanaan. Saadah dan Nadia sudah 2 minggu berpindah ke MRSM. Saadah pergi ke MRSM PDRM, Kulim. Nadia pula pergi ke MRSM Lenggong. Farhana lagi awal meninggalkan aku. Dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Sedihnya apabila ditinggalkan seorang diri. Permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik kawalan itu juga sudah diluluskan.
Kejohanan hoki kali ini adalah sumbangan aku yang terakhir yang aku dapat berikan kepada sekolah ku ini kerana selepas kejohanan itu aku akan berpindah sekolah ke Sekolah Teknik Alor Setar, sekolah teknik yang ke-2 terbaik di Malaysia. Sekolah Teknik Cheras adalah sekolah teknik yang pertama terbaik di Malaysia. Tapi aku tidak memohon untuk ke sekolah itu sebab sekolah itu di bandar. Alor Setar juga bandar, tapi aku suka bandar Alor Setar. Tak terlalu padat dengan pembangunan. Masih banyak pokok-pokok dan tumbuhan yang segar di kawasan bandar itu. Bagaikan bandar dalam taman.
“Sue..sue.. bola tu.. tangkap pastu pukul bagi masuk gol…”  jerit Cikgu Syukri.
Bismillahhirrahmanirrahim…aku rebut bola tu dari pemain Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang. Kemudian aku bawa sampai hampir dengan gol, aku terus pukul dengan sekuat hati. Alhamdulillah, aku berjaya masukkan gol lagi. Pada perlawanan final itu aku telah berjaya masukkan 4 biji bola hoki. Keputusan final adalah sekolah aku 19 dan Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang 7. Sekali lagi sekolah aku mendapat johan dalam kejohanan hoki peringkat Daerah Kerian. Tapi aku tak sempat nak beraksi di peringkat negeri nanti.

“Tahniah Sue. 4 gol kamu score…” kata Cikgu Syukri.
“Terima kasih. Tapi tak da apa la cikgu. Sofia lagi banyak 7 gol dia score…” balasku.
“Bila kamu nak pergi ke sekolah teknik tu?? Semua dokumen dah lengkap ker??..” Soalnya.
“Urrmmm.. dokumen semua dah lengkap. Saya pergi hari isnin depan cikgu. Hurrmmm.. rasa sedih pulak nak tinggalkan sekolah ni…” jawabku.
“Ehhh.. biasalah tu. Nanti kamu di sana jangan tinggalkan sukan hoki ni pulak. Awak tak sempat la ikut kami ke peringkat negeri nanti…” kata Cikgu Syukri.
“Urrmmm..nak buat macam mana?? Kalau ikutkan saya pun saya nak join hoki negeri nanti. Tapi tak pe lah. Tak da rezeki la tu…” kataku.
“Ingat belajar rajin-rajin. Jangan bebas sangat. Mentang-mentanglah jauh dari family. Nanti kalau jumpa saya di luar tegur-tegurla. Jangan bercinta pulak kat sana. Nanti kecewa saya dah tak ada untuk bagi kaunseling kat kamu…” nasihat Cikgu Syukri.
“Baiklah cikgu. Cikgu jangan risau saya tak nak main-main cinta kalau kat sana nanti. Cikgu perli saya la kan sebab saya putus cinta tahun lepas. Tak per-tak per... Baiklah cikgu, saya balik dulu adik saya dah sampai. Nanti ada jodoh kita jumpa lagi yer…” balasku sambil senyum.
Aku pun meninggalkan Cikgu Syukri dan pergi kepada budak-budak hoki yang kelihatan sangat penat selepas 3 hari kejohanan itu berlangsung. Tapi kami sangat puas hati kerana berjaya menjadi johan lagi walaupun sudah banyak pemain hoki yang telah pindah dan habis sekolah. Aku bersalaman dengan mereka semua. Aku tak tahu samada masih ada peluang kami berjumpa ramai-ramai macam tu lagi.
“Sue jangan lupa kami taw.. nanti kalau terjumpa kat luar, tegurla yer…” ujar Lida.
“Jangan risau laaa.. aku tak kan lupa korang..” jawabku.
“Sue.. kami semua nak minta maaf kalau pernah buat kau sakit hati atau marah kat kami sepanjang 3 tahun kita kenal…” kata Fadhil dan disetujui oleh budak hoki yang lain.
“Tak ada apa lah… aku sayang korang semua.. korang baik sangat.. aku yang kena minta maaf dari korang sebab penat bantu Cikgu Syukri mengajar aku main hoki. Terima kasih yer sebab banyak support aku.. doakan aku yarrr…” pinta aku.
Aku terus jalan meninggalkan mereka lalu pergi kepada adik aku yang dah lama menunggu. Air mata aku tak mampu diseka lagi. Memang berat sangat hati aku nak meninggalkan mereka semua.


Bab 7
“Hurrrmmm.. mama, Sue takut la nak masuk sekolah baru ni. Nanti macam mana Sue nak cari kawan baru. Sue takut Sue lambat nak biasakan dengan suasana sekolah tu. Dengan duduk asrama lagi….” Mengadu aku pada mama akan kebimbanganku.
“Jangan lah takut sayang.. tak da ape-ape yang perlu dirisaukan. Anak mama ni kan budak baik tentu ramai yang suka berkawan dengan anak mama ni…” mama cuba tenangkan aku.
Mama dan abah aku tahu bahawa aku sedang dalam kerisauan. Aku ni anak manja. Tak pernah berpisah jauh, paling jauh pun sewaktu aku pergi ke Kem Anak Soleh di Padang Rengas dan sewaktu aku menyertai kejohanan hoki di Ipoh. Itupun cuma 3 hari saja. Inikan pula akan terpisah jauh, dah la aku tak pernah tinggal di asrama. Aku harap aku cepat dapat menyesuaikan diri di sekolah dan asramanya nanti.
Aku dikejutkan oleh mama apabila kami sudah sampai di sekolah itu. Aku nie special sebab aku lewat masuk ke sekolah tu selama seminggu sebab aku nak join hoki di sekolah lama aku dulu. Sampai di pondok pak guard abah memberitahu bahawa mahu mendaftar anak di sekolah ini lalu pak guard menunjukkan jalan untuk abah parking kereta dan untuk ke pejabat. Sampai saja kami di pejabat, kerani yang bertugas mengarahkan kami masuk ke bilik Penolong Kanan Hem. Kami diberitahu bahawa Tuan Pengetua tiada pada hari itu. Selepas mengetuk pintu, terdengar suara perempuan menyuruh kami masuk.
“Assalamulaikum..” ucap abah.
“Waalaikumussalam..silalah duduk..” balas Penolong Kanan HEM.
“Maafkan saya puan. Tujuan saya datang pada hari ini adalah untuk mendaftarkan anak saya ini di sekolah ini…”jelas abah.
“Ooohh..baiklah. Inikah pelajar yang bernama Puteri Kasih Suraya?? Yang call saya 2 minggu lepas cakap nak daftar lewat seminggu sebab nak join hoki sekolah lama dulu..”tanya PK HEM.
“Ye betul tu. Maafkan saya, anak saya ini memang minat sangat dengan sukan hoki sampai sanggup daftar lewat di sekolah ini…”jawab abah.
‘Ehhh..bagus laa..sekarang ni susah nak cari pelajar cemerlang yang aktif. Kalau kita tengok sekarang ni kalau yang cemerlang akademik, hidupnya cuma dengan buku saja, kalau yang aktif pulak, mundur dalam pelajaran. Yang cemerlang dalam kedua-duanya sangat susah nak dapat. Saya harap Puteri akan selesa belajar di sini. Sukan hoki di sekolah ini masih mentah, harap Puteri dapat beri tunjuk ajar dan menaikkan taraf sukan sekolah kita ini…”ujar PK HEM. Aku hanya mampu tersenyum dan menganggukkan saja. Teringat aku pada mama yang duduk dalam kereta. Mama terpaksa tinggal di kereta kerana adikku Puteri Cinta Saffa sedang tidur. Itulah tabiat dia, masuk dalam kereta ja tidur. Mungkin kereta itu dia anggap sebagai buaian dia kot.
Setelah selesai proses pendaftaran, kami diminta ke Pejabat Asrama untuk mendaftar bilik. Sepanjang aku berjalan bersama abah di sekolah itu untuk ke pejabat asrama, aku sempat melihat kawasan sekolah baru aku ini. Ternyata sungguh cantik. Sekolah ini bagaikan sekolah di dalam taman. Ada banyak sudut yang pelajar boleh gunakan untuk berehat atau belajar. Aku melihat ada sebuah ladang kecil yang menanam pelbagai jenis tumbuhan seperti buah tembikai, pokok jagung dan beberapa tanaman yang lain. Di sebelah ladang itu pula ada sebuah kolam kecil. Sugguh cantik dan menenangkan jiwa melihat keindahan di dalam kawasan sekolah itu. di fikiranku mungkin itulah kawasan yang di khaskan untuk pelajar aliran Sains Pertanian di sekolah ini.
Di Malaysia cuma ada dua buah sekolah teknik sahaja yang menawarkan jurusan ini iaitu sekolah ini dan sebuah sekolah teknik di Negeri Sembilan. Syarat bagi pelajar yang layak memohon jurusan ini ialah 7A dan ke atas. Aku juga layak untuk memohon, tapi aku lebih minat dalam bidang kejuruteraan. Sebab itulah aku memilih kursus Kejuruteraan Awam. Aku tahu bidang kejuruteraan adalah bidang yang sangat susah tapi itu adalah minatku dan aku juga bercita-cita menjadi seorang engineer berjaya.
Selepas selesai saja aku daftar asrama dan abah membayar semua yuran-yuranku aku dan abah terus ke kereta. Sebagai pelajar baru, kami dibenarkan membawa masuk kereta sampai ke asrama. Penyelia asrama yang menggelar dirinya Che Mat menunggu kami di asrama untuk menunjukkan dorm aku dimana. Asrama terletak di belakang sekolah. Belakang asrama adalah padang sekolah. Kalau dilihat memang best sangat kalau belajar di situ. Asrama dekat sangat dengan sekolah. Cuma dibezakan dengan pagar besi sahaja. Asrama aku juga bagaikan di dalam taman. Sekeliling asrama terdapat banyak pokok-pokok yang redup.
Alhamdulillah, aku mendapat dorm yang bersebelahan dengan biik dobi dan toilet. Senanglah aku membasuh baju atau ke tandas nanti. Aku dapat dorm F4. Cuma ada dua blok asrama untuk pelajar perempuan dan tiga blok untuk pelajar lelaki. Apa yang aku perasan terdapat perbezaan yang ketara di antara sekolah teknik ini dengan sekolah lama aku. Ini adalah kerana nisbah di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kalau di sekolah lama aku nisbah lelaki dan perempuan ialah 1:4 tapi di sekolah ini ialah 3:1. Mungkin sekolah ini menawarkan kursus kejuruteraan sebab itulah ramai pelajar lelaki. Kursus yang ramai perempuan cuma kursus Sains Pertanian dan Perdagangan.
F4 juga terletak paling hampir dengan dewan makan. Boleh dikatakan kedudukan dorm F4 adalah dorm yang paling strategik. Katil di dorm itu semuanya double-decker. Aku pilih untuk duduk di bawah sahaja. Masih ada lebih kurang 5 katil kosong. Satu bilik terdapat 20 katil. Aku membantu mama mengemas barang-barangku untuk di masukkan ke dalam loker. Loker aku terletak bersebelahan dengan katilku. Sebelum Che Mat meninggalkan kami untuk mengemas tempat aku, Che Mat memesan supaya aku sentiasa berwaspada dengan semua orang. Dia menyuruh aku mengunci pintu loker dan dorm kalau keluar dari dorm. Aku cuma tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Tahulah aku dia risaukan aku sebab aku tak pernah tinggal di asrama sebelum ini dah dapat duduk asrama jauh pulak tu dari family. Memang agak berat untuk aku memutuskan untuk meneruskan impian aku belajar di sini tapi demi mengejar cita-cita aku, aku teruskan juga. Alor Setar dengan Perak tidaklah jauh sangat pun cuma 2 jam lebih jer.
Setelah habis mengemas, aku, abah, mama dan adikku ke cafeteria di sekolah untuk makan. Abah dan mama memuji cafeteria itu kerana kelihatan sangat bersih dan sedap juga makanan di situ. Hati aku semakin sayup melihat wajah abah dan mama kerana lepas makan ini mereka akan meninggalkan untuk balik ke Perak. Beratnya hati aku nak melepaskan mereka pergi. Selepas makan mama, abah dan adik menghantar aku ke kelas. Memang paling mengembirakan, kelas aku terletak di tingkat bawah sekali sebelah makmal sains. Apa yang penting suasana kelas ku sungguh tenang kerana banyak pepohon hijau di luar dan kelasku terletak di blok belakang jadi belakang kelas ku adalah asrama. Maka senang dikatakan dari dorm aku boleh nampak kelasku dan dari kelas aku boleh pantau dorm aku. Sewaktu aku sampai di kelas, tiada guru di dalam kelas itu, tetapi pelajar tidak bising dan kebanyakkannya sedang membuat latihan di tempat masing-masing. Apa yang paling memeranjatkan aku ialah cuma ada 5 orang pelajar perempuan termasuk aku di dalam kelas itu. Lebih kurang 20 orang yang lain ialah pelajar lelaki. Mama dan abah juga terkejut melihat itu. Selepas bersalaman dengan mama, abah dan adik mereka terus pergi meninggalkan aku. Aku cuma mampu menghantar mereka dari jauh. Tidak ku sedar terdapat air mata yang jatuh di saat itu. sedih aku mengingatkan yang mungkin cuma sebulan sekali aku akan dapat balik ke Perak.
Hai.. tak kan nangis kot?? Hehe.. saya Shima…” tegur Shima.
Ehhh..tak der laa..hurrmmm..” balasku.
Yer la tu.. tu yang kat pipi tu apa?? Urrmmm.. nama apa?? Dari mana??..soal Shima.
Tak der apa-apa laa..panggil jer Suraya. Saya datang dari Perak…”
Uurrmmm..jauhnya..mai la masuk kelas. Tak kan nak duduk kat luar ja sampai balik…”perli Shima.
Hurrmmm..mari lah..” balasku.
Disebabkan aku pelajar yang lewat masuk tak dapatlah aku memilih tempat untuk duduk di depan. Tempat duduk aku adalah di sebelah Amira Azni. Dia juga pelajar baru yang masuk awal sehari dari aku. Aku pon berkenalan dengan dia. Shima dan dua orang lagi pelajar perempuan di kelas itu juga berada di tempat duduk kami. Sambil-sambil itu ada juga pelajar lelaki yang turut serta menanyakan soalan kepada aku.
Mungkin perkara ini juga yang berlaku pada Amira semalam, bisikku. Kelas itu terus ketiadaan guru sehingga balik. Apa yang aku tahu dari perbualan Shima, Amira, Syaza, dan Atikah tadi memang ternyata pelajar di sekolah ini hebat-hebat. Paling rendah pun pencapaian pelajar dalam kelas aku adalah mendapat 6A dalam PMR mereka. Yang mendapat semua A pun ramai dalam kelas aku. Sedarlah aku yang aku ada ramai persaingan.


Bab 8
Selama 2 tahun aku belajar di sekolah teknik itu, sudah banyak yang aku pelajari. Aku menjadi lebih matang dalam semua hal, dan pastinya aku tidak akan lagi semudah-mudahnya jatuh cinta pada seseorang. Walaupun berjauhan dengan family, aku berasa sangat gembira kerana mempunyai kawan-kawan yang sentiasa ceria dan ahli-ahli dorm yang sangat memahami. Di kelas, aku mempunyai geng yang bernama Geng Baby. Ahli-ahi geng itu ialah aku sendiri, Nadia, Atifah dan Syaza. Selain itu, aku juga mempunyai sahabat baik iaitu Amira Azni. Selama aku belajar di sekolah tu, dialah teman suka dan duka aku. Kami baik sama-sama dan nakal sama-sama. Setiap minggu tentu kami berdua akan fly untuk ke Pekan Simpang Kuala atau kami akan ke Pekan Rabu. Selama kami melakukan perbuatan terlarang itu, kami tak pernah kantoi kerana aku mempunyai hubungan yang baik dengan pak guard sekolah. Pak Guard Bola gelaran yang kami berikan kepada dia. Dia seorang yang baik cuma kadang-kadang perangai dia melebihi warden asrama. Perkara itu membuatkan ramai pelajar lelaki yang tidak menyenangi pak guard tu. Selain pak guard dan mak cik-mak cik kantin, aku juga baik dengan pak cik pemandu bas sekolah itu. Disebabkan sedikit kesopanan dan kesusilaan yang terdapat pada aku tidak hairanlah kenapa semua orang baik dengan aku. Tidak dinafikan memang ada beberapa pelajar lelaki yang cuba tackle aku tapi aku buat tidak faham dan melayan mereka tidak lebih seperti seorang kawan. Tetapi yang satu ini lain. Aku sendiri pon tak tahu kenapa aku boleh terima dia.
Arif Akmal adalah pelajar kejuruteraan mekanikal yang mempunyai perwatakan yang menarik dan seorang pelajar yang sangat disayangi oleh guru-guru kerana baik hati dan suka menolong guru-guru dan pelajar lain. Arif juga merupakan pelajar terbaik dari segi akademik dan ko-kurikulum. Aku mula mengenali Arif pada awal tingkatan 5 iaitu semasa latihan hoki. Sebelum ini, aku cuma kenal nama dan orangnya sahaja. Tidak pernah aku bercakap dengannya pon sebelum kami kenal di padang semasa latihan hoki. Jurusan kami sahaja sudah berlainan jadi aku tiada sebab untuk menanyakan apa pun padanya. Sebenarnya sebelum mengenali dia dengan lebih rapat dan cuma tahu namanya dan mendengar cerita-cerita tentang dia, aku sudah mempunyai hati dengan dia. Tapi aku tidak mengharapkan sesuatu hubungan yang lebih
daripada seorang kawan. Tetapi, walau sehebat mana pon aku berjuang untuk menghindari perasaan cinta kerana sudah pernah terluka, aku tak dapat nak halang rasa suka aku pada Arif. Melalui perbualan ahli-ahli dorm aku, Arif adalah seorang yang sangat jujur. Sebelum ini, memang Arif pernah memberikan aku key-chain berbentuk love. Key-chain itu diberikan kepada rakan sekelasnya iaitu Fatin yang juga satu dorm dengan aku. Selain itu, Arif selalu juga memberikan aku gula-gula atau cokelat dan disertakan dengan sepucuk surat. Kandungan surat itu bukanlah ayat-ayat puitis pon. Cuma Arif menyatakan yang dia sayangkan aku dan meminta aku sentiasa menjaga diri. Bagi aku belum cukup dengan cara itu untuk aku menilai seseorang itu jujur atau tidak. Aku mungkin akan menerima Arif jika dia menyatakan rasa sayang itu secara berhadapan dengan aku.
Tetapi memang jelas terbukti yang dia adalah seorang yang jujur apabila dia menyatakan dia mempunyai rasa sayang pada aku pada suatu malam yang bertarikh 19 April 2009 semasa tamat kelas tuisyen Bahasa Inggeris. Kebetulan aku dan dia belajar di dalam kelas yang sama. Selain aku terdapat dua orang lagi budak dorm aku iaitu Shuhada dan Hanis yang dapat kelas dengan aku. Jadi, kami datang ke kelas bersama dan pulang ke dorm bersama-sama. Malam itu aku memakai kasut Hanis. Tiba-tiba kasut Hanis putus sebab Shuhada terpijak kaki aku semasa aku tengah berjalan semasa hendak pulang ke dorm dari kelas B.I itu. Sedang aku leka cuba membetulkan kasut itu, tiba-tiba ada suara memanggilku dari arah belakang. Aku pon menoleh dan aku melihat ada Arif dan sahabat baiknya Iskandar. Arif bertanya aku masih belum balik lagi, malulah aku nak cakap yang aku tengah membaiki kasut Hanis yang putus.
“Sue..sue…”panggil Arif.
“Yer..”(sambil menoleh)
“Kenapa tak balik dorm lagi ni?..”soalnya.
“Uurrmmm…”(tidak tahu nak jawab ape)
“Haha..kasut Sue putus la Arif, sebab tu kami tak balik lagi. Sue nak betulkan kasut dia sekejap…”Shuhada menyampuk.
“Laaa..ye ker? Mana-mana?..”
“Isshhhh..tak payah tengoklah..malu la Sue…”jawab aku sambil sorokkan kasut itu.
“Urrmmm…Sue, Arif nak cakap sikit boleh?? Soalnya lagi.
“Boleh..nak cakap aper??..”soal ku pula.
“Sue ada banyak tak gambar kita berdua??..”tanyanya lagi.
“Kalau tak silap ada dua, tiga jer gambar kita yang Sue ada. Gambar kita kat hoki ada 1 dan gambar time majlis hari raya ada dua gambar kot. Kenapa tanya pasal gambar pulak??...balasku.
“Sue tak dak gambar kita time majlis orentasi budak-budak form 4 tu ker??..”
“Eehh..rasanya Sue tak der laa..bukan guna camera Sue time tu. Kenapa?? Arif ada ker gambar tu??...soalku.
“Ada..Arif ada lima gambar Sue. Gambar kita berdua ada 3 kat Arif. Nanti Arif kat Sue yer…”jawabnya.
“Oowhhh..okay..”balasku sambil senyum.
Harapanku pada waktu itu ialah dia dan Iskandar pergi dari situ tapi Arif tiba-tiba tarik tangan aku dan sekarang ini mata aku dan matanya sedang bertentangan. Aku terpaku dan aku yakin Shuhada,Hanis dan Iskandar juga terkejut dengan tindakan Arif itu. Arif terus pandang tepat ke arah mataku dan tiba-tiba dia bertanya sudikah aku menjadi girlfriend dia. Setahu aku Arif tidak pernah bercinta sebelum ini tapi tahun lepas dia meminati seorang pelajar perempuan di kelasnya. Tapi cintanya terhadap perempuan itu tidak tercapai kerana belum sempat dia melafazkan cintanya kepada perempuan itu, perempuan itu sudah pun couple dengan senior kami tahun lepas. Pada pendapat aku, mungkin dia tak nak “pisang berbuah dua kali” apabila dia kecewa kerana tak dapat memiliki perempuan yang dia cintai. Akibat berasa tidak selesa dengan keadaan begitu aku terus menarik tangan aku. Waktu itu aku tidak pasti apa yang harus aku buat, apa yang pasti Arif, Iskandar, Shuhada dan Hanis sedang menantikan jawapan aku pada soalan Arif sebentar tadi. Dengan muka yang pura-pura selamba aku menganggukkan kepalaku tanda setuju. Selepas itu, Iskandar dan Hanis melompat keriangan. Tahulah Iskandar bahawa itu adalah kali pertama teman baiknya itu mempunyai teman wanita.
Arif senyum sambil jelas terpancar kegembiraan di wajahnya. Sebenarnya aku juga merasa gembira tapi aku cover supaya tak obvious sangat. Arif mencuit bahuku apabila dia perasan yang aku seperti sedang mengelamun. Aku pon menghadiahkan senyuman kepadanya. Arif memberitahu padaku bahawa tepat pukul 12 malam, malam ini sah lah aku menjadi kekasihnya. Dia juga sempat memberitahu bahawa dia akan ke koperasi pada petang esoknya untuk berjumpa denganku. Aku adalah salah seorang ahli jawatankuasa koperasi. Mengikut jadual yang telah dibuat, aku akan menjaga koperasi pada setiap petang selasa dan khamis. Kebetulan 20 April 2008 tu adalah hari khamis, so memang aku akan jaga koperasi petang esok. Aku pon menganggukkan kepala tanda setuju untuk berjumpa dia koperasi petang itu. Selepas itu, kami terus beredar dari tempat itu. Malu juga aku pada Iskandar,Shuhada dan Hanis.
Malam itu, tepat pukul 12 tengah malam, Hanis dan Shuhada pon mengucapkan tahniah kepada aku. Aku telah meminta supaya Hanis, Shuhada dan Iskandar merahsiakan hubungan aku dengan Arif dulu. Aku tak mahu benda-benda macam ini tersebar luas. Kami bukannya berkahwin lagipun.


Bab 9
“Assalamualaikum..” ucap Arif semasa berdiri di depan pintu koperasi.
“Waalaikumussalam..”jawabku dan beberapa orang lagi yang ada di dalam koperasi itu.
Kelihatan sungguh kemas pakaiannya dan seperti baru lepas mandi. Arif datang bersama dua teman baiknya iaitu Iskandar dan Haikal. Dia terus datang kepada aku yang sedang menyusun buku-buku dan alatan tulis yang lain supaya kelihatan rapi dan kemas.
“Sue..” Arif memanggilku.
“Yer awak..” balasku.
“Sue sihat?? Macam mana dengan malam semalam??...”soalnya.
“Hurrmmm…”(sambil senyum) Aku tiada kata untuknya.
“Ingat tau tarikh hari ni. 20 April 2008…”kata Arif lagi sambil senyum manja padaku.
Aku yang tak tahu nak cakap apa cuma mampu mengangguk dan tersenyum mendengar peringatan dari Arif itu. Kemudian aku pulangkan peringatan itu kepadanya balik. Tanpa kami sedari Izzati iaitu ahli jawatankuasa koperasi yang juga bertugas pada petang itu dan beberapa kawan kami yang lain mendengar perbualan kami. Koperasi tu tidaklah besar mana pun, cuma sederhana sahaja saiznya. Syukri dan Haikal juga pelik dengan apa yang kami bincangkan iaitu macamana dengan malam semalam dan apa yang menariknya dengan tarikh hari ini iaitu 20 April 2008.
“Arif kenapa dengan tarikh 20/4/2008 tu?? Tarikh hari ni kan??..”soal Syukri.
“Uurrmmm…aahhh tarikh hari ni…”jawabnya sambil garu kepala yang tak gatal tu.
“Kenapa dengan hari ni??...Syukri mengulangi soalannya yang masih belum dijawab oleh Arif.
“Hari niiii….uurrmmm…hari niii…hariiiiii…haaa!!!hari Sue jadi isteri orang…”jawabnya.
Aku, Izzati, Syaza, Syukri, Haikal dan Iskandar sendiri terkejut dengan jawapan yang telah diberikan oleh Arif. Iskandar memandang aku sambil menganggukkan kepala tandanya dia faham sesuatu kenapa Arif berkata begitu. Arif menjelaskan padaku bahawa jika jodoh kami panjang dia mahu aku dan dia disatukan pada tarikh itu. Perkara itu membuatkan aku rasa sangat dihargai. Dia telah menganggap 20/4/2008 itu seperti tarikh dia akad nikah dengan aku. Aku berasa sangat gembira tapi aku tak nak pamerkan. Aku tak nak dia tahu aku gembira bila dia cakap macamtu. Aku bertanya kenapa dia tak main sepak takraw petang ini kerana selalunya dan boleh dikatakan setiap hari dia akan bermain sepak takraw di bangunan yang terletak di sebelah koperasi. Setiap kali aku lalu di bangunan itu dari asrama untuk ke koperasi, Arif tentu akan memanggil namaku dengan kuat sekali. Sebenarnya itulah semangat aku untuk terus bertugas di koperasi. Setelah beberapa bulan berlalu, hubungan kami masih tidak diketahui ramai. Aku pun memang suka kalau begitu.
Alhamdulillah..hari ini adalah hari terakhir Peperiksaan Percubaan SPM. Paper yang terakhir ialah paper Kimia dan selepas ini semua pelajar tingkatan 5 boleh balik ke rumah kerana lusa adalah hari Raya Aidil Adha. Pelajar tingkatan 4 sudah pun boleh pulang ke rumah dua hari yang lepas. Semua pelajar kelihatan sangat gembira, mungkin kerana soalan percubaan tadi senang atau mereka semua sudah tidak sabar mahu pulang ke rumah. Aku juga telah siap packing barang cuma tinggal nak ambil beg then terus tunggu bas di depan sekolah. Sedang aku dalam perjalanan balik ke dorm untuk mengambil beg, aku ditegur Fatin. Fatin memberitahu aku yang Arif telah menunggu aku di pondok bas depan sekolah. Fatin sekelas dengan Arif. Aku terus mengorak langkah dengan laju kerana aku tak nak Arif menunggu aku lama. Sampai di dorm, Shima, Maisarah, Shud dan Fyra telah siap menanti kau di depan pintu. Aku terus masuk dorm lalu mencapai beg dan mengunci pintu loker. Aku sempat bersalaman dengan Najjah, Fatin, dan Hamizah yang menunggu parents mereka datang. Tanpa berlengah lagi aku terus mengajak Shima dan yang lain-lain ke bus stop. Sampai di bus stop, aku mencari-cari Arif. Arif tiba-tiba muncul di belakangku. Terperanjat aku di buatnya. Arif memberitahu bahawa dia akan naik bas ke Butterwoth dulu. Lepas tu baru balik ke Sungai Petani. Maknanya di akan naik bas yang sama dengan aku ke Butterwoth. Aku tak tahu apa motif dia buat begitu, tapi aku berasa sangat gembira saat itu.
Sepanjang dua minggu peperiksaan percubaan dijalankan, aku tak pernah berjumpa dengan Arif walaupun beberapa minit. Arif kelihatan sangat sibuk dan aku faham dia. Aku juga sudah melepaskan jawatanku sebagai ajk koperasi. Pada aku, aku cuma mahu focus pada SPM aku dulu. Sebenarnya apa yang aku rasa adalah aku lebih selesa jika jarang berjumpa. Cukupla kalau aku dapat melihat dia di dewan makan atau kalau ada bengkel-bengkel SPM di dewan. Dia pun dah berhenti bermain sepak takraw beberapa minggu sebelum peperiksaan percubaan. Dia pernah memberitahu aku bahawa dia minta maaf kalau dia macam susah sangat nak jumpa dan layan aku seperti kekasihnya. Aku faham dia lakukan begitu kerana kejayaan dalam SPM adalah impiannya. Dia mahu mendapat straight A dan membuat kedua ibu bapanya bangga dengan dia. Aku juga menyokongnya. Aku bukanlah seperti budak kecil yang sentiasa inginkan perhatian.
Leka aku berfikir, bas pun sampai. Kami terus naik bas itu untuk ke Shahab Perdana. Dari Shahab Perdana baru kami beli tiket ke Butterwoth. Tapi Shima, Fyra dan Shud masing-masing ambil bas ke Kulim, Perlis dan Sungai Petani. Yang tinggal hanya aku, Arif dan Maisarah yang akan ke Butterwoth. Arif dan Maisarah pergi membeli tiket sambil aku menjaga beg-beg di tempat duduk yang telah disediakan. Selesai membeli tiket, kami duduk di kerusi di tempat menunggu bas. Belum sempat kami bersembang, tiba-tiba bas kami tiba. Tanpa membuang masa kami terus menaiki bas itu. Aku duduk di sebelah Arif. Maisarah duduk di depan seat kami. Arif tiba-tiba memegang tanganku dan letak di dadanya. Dia berkata dia terlalu rindukan aku. Sudah dua minggu kami tidak berjumpa. Aku juga terharu melihat dia begitu. Tapi aku tidak mahu terlalu sayangkan seseorang seperti aku sayangkan Azizul. Akhirnya aku yang merana. Sebab itulah aku tidak terlalu merasa rindu dan sedih bila tak berjumpa. Tapi, tak bermakna aku hanya mempermainkan Arif. Aku cuma risau kalau aku akan ditinggalkan lagi. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Manusia cepat berubah. Aku juga begitu kerana pernah berjanji pada diri aku, sebelum aku bertemu Arif yang aku dah tak nak couple dengan sesiapa selepas Azizul, tapi aku tetap couple selepas Arif mengajak aku menjadi kekasihnya. Apa pun kita yang merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Cinta itu fitrah, dan aku tak mampu menghalang perasaan itu. Apa yang aku yakin Allah akan beri sesuatu yang pasti itu apabila kita sudah bersedia menerimanya. Aku membiarkan tanganku di dada Arif. Mata Arif layu dan Arif kelihatan sangat penat dan mengantuk. Mungkin kerana dia stay up setiap malam untuk study. Beberapa minit selepas itu, bas yang kami naiki sudah memulakan perjalanan.
Setelah hampir dua jam perjalanan, kami pun sampai di Penang Sentral. Aku mengejutkan Arif yang sedang tidur lena sehingga tak sedar yang kami sudah sampai. Selepas membeli tiket bas aku untuk ke Parit Buntar, aku dan Arif terus mencari tempat duduk sementara menunggu bas aku datang. Arif tak beli lagi tiket bas nya kerana katanya mahu menemani aku menaiki bas dulu. Hubungan antara aku dengan Arif tidak lah sesweet mana seperti pasangan couple yang lain, tapi aku dah cukup bersyukur kerana aku adalah girlfriend dia yang pertama.      Tetapi hubungan aku bersama Arif juga tidak kekal lama. Sewaktu paper SPM cuma berbaki beberapa kertas sahaja, hubungan kami menjadi renggang. Aku tak pasti sama ada selepas habis SPM itu aku dengan Arif masih couple atau tak sebab Arif tak pernah cakap nak putus. Tapi aku sendiri telah membuat keputusan untuk menganggap hubungan kami sudah berakhir kerana Arif tidak lagi menghubungi aku. Kali terakhir dia menelefon aku adalah pada hari pertama pendaftaran aku ke Kolej Matrikulasi Perak. Selepas itu, kami tidak pernah berhubung lagi. Mungkin masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Tarikh 20/4 itu hanya akan menjadi memori. Tapi aku telah berjanji pada diri aku bahawa andai kata aku berpeluang menjadi isteri, aku mahu aku diijabkabulkan pada tarikh itu. Tahun tak kisah. Sampai jodoh kahwin la. Walaupun kisah cinta antara aku dan Arif tidak menjadi tapi Arif pernah membuatkan aku berasa sangat gembira dan terharu kerana dia pernah menyanyikan lagu untuk aku.
Aku masih ingat malam itu adalah malam dinner perpisahan untuk semua pelajar tingkatan 5. Arif menyanyikan lagu Seperti Dulu-Exist. Selepas malam itu, para-para wartawan media yang tidak mendapat wartikah pelantikan pon keluarlah untuk mencari maklumat dari budak-budak dorm aku dan teman karibku. Selepas malam itu jugalah rahsia kami terbongkar. Ramai kawan-kawan yang gembira dengan khabar itu, dan ada yang tidak setuju. Aku dan Arif juga mempunyai peminat masing-masing. Aku tak tahu mereka dapat tahu dari mana, tapi yang pastinya budak-budak dorm aku dan dari dorm yang lain datang kepada aku selepas dinner tu selesai dan mereka memberitahu aku bahawa memang sepanjang Arif menyanyikan lagu itu, Arif asyik beralih ke arah aku. Dari situlah mereka mengesyaki sesuatu. Aku juga perasan yang Arif asyik menoleh ke arah aku tambah-tambah pada lirik :-
“semenjak kau datang, di hatiku sayang...”
“semua resahku hilang…”
“diriku bukanlah…”
“seorang yang bisa…”
“menyatakan cinta semudah kata…”
Perempuan mana yang tak gembira ada jika ada lelaki yang menyanyikan lagu untuknya. Tambahan pula, boyfriend sendiri.

Bab 10
“Selalu ku mengharapkan…”
“Kau akan segera pulang…”
“Kembali seperti dulu…”
“Menghapuskan rindu, yang sering menghantuiku…”
Alhamdulillah…akhirnya Azhar datang kembali dalam hidup aku sedang aku dalam dilema antara masih berharap pada Arif atau menghapuskan rindu aku terhadap dia. Baru beberapa hari aku habis Peperiksaan SPM, Azhar kembali menghubungiku. Dia masih menggunakan nombor telefon bimbit yang sama. Walaupun Arif meninggalkan aku tanpa pesan, aku masih mampu berdiri kerana aku telah menjaga hati aku untuk tidak terlalu menyintainya. Perasaan aku berpisah dengan Arif tidak sama seperti aku berpisah dengan Azizul dulu. Malam itu, Azhar menghubungi aku balik kerana pada pagi itu, aku, Irfan dan Azhar terserempak di Bagan Serai. Tidak banyak yang aku bualkan bersama mereka kerana aku terasa janggal. Mungkin kerana aku dan Irfan dulu tidaklah rapat manapun. Tambahan pula kami telah terputus hubungan setelah aku berpindah ke teknik. Cuma ada sesekali kami menegur di facebook. Azhar pula, itulah kali pertama aku berjumpa dengan dia. Azhar kacak juga orangnya. Gambar yang diberikan kepada aku dahulu kelihatan agak berbeza dari rupanya yang sebenar. Aku dan Azhar kembali mesej seperti dulu dan sekarang hubungan kami menjadi semakin selesa dan ini mungkin kerana kami sudah berjumpa.
Selepas beberapa minggu kami berkongsi suka duka, Azhar mengajak aku untuk menjadi girlfriend dia. Sebenarnya aku tiada apa-apa halangan kerana aku sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Arif walaupun dia tidak pernah memutuskan hubungan kami. Tapi Azhar baru sahaja sebulan putus dengan bekas aweknya. Aku takut kalau-kalau aku ni sekadar tempat dia bersinggah dari awek dulu ke perempuan lain. Cukupla aku disakitkan sebelum ini. Tapi Azhar meyakinkan aku yang dia tak kan mempermainkan aku dan ikhlas terhadap aku. Sebagai percubaan aku bersetuju untuk bercouple dengan Azhar, tapi andai katanya aku tidak selesa, aku prefer untuk jadi kawan sahaja. Azhar juga bersetuju. Selepas sahaja aku setuju untuk menjadi girlfriend dia, dia tidak seperti sebelum ini. Dua, tiga hari selepas couple, Azhar jarang sangat mesej aku tambahan lagi call aku. Aku sebenarnya masih tak faham dengan perangai lelaki. Sebelum couple, beria-ria mesej dan call. Lepas couple, balas mesej pon lambat-lambat.
Banyak pula alasan yang diberi. Selepas lima hari aku couple dengan dia aku terus minta putus. Mungkin agak kelakar bagi sesiapa yang mendengar, tapi itulah hakikatnya. Mungkin kami masih mentah dan belum bersedia untuk menjadi pasangan kekasih. Bagi aku kekasih yang aku cari adalah kekasih yang akan terus ke jinjang pelamin. Andai kata ada jodoh, aku harap selepas aku tamat belajar nanti, hubungan kami akan kembali seperti dulu. Sewaktu aku menyatakan hasrat untuk belajar dahulu baru fikir tentang cinta, Azhar tidak banyak cakap waktu itu. Mungkin dia tahu itu adalah salah dia. Selepas beberapa hari aku putus dengan Azhar, aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi. Aku dan Azhar kembali menjadi kawan seperti mula-mula dulu. Aku rasa itu yang terbaik untuk aku dan dia. Mungkin selepas aku masuk matrik nanti aku akan kekurangan masa untuk melayan dia. Kami telah berjanji andai katanya aku habis matrik nanti dan kami tiada sesiapa, kami akan mencuba lagi dalam hubungan cinta kami.
Pada hari pertama aku di matrik lah kali terakhir Arif call aku. Dia banyak memberikan nasihat kepada aku. Selepas itu, hubungan aku dengan dia senyap sunyi sahaja dan begitu juga dengan Azhar. Di matrik memang aku tidak sempat pon untuk memikirkan tentang cinta. Jadual pengajian yang sangat complex dan padat membuatkan aku hanya fikir tentang study dan aku tidak heran lagi tentang cinta. Selain itu, aku juga telah mengalami pelbagai kenangan pahit dan manis sepanjang hidup aku sebagai anak dan sebagai seorang pelajar. Orang kata “pengalaman itu mematangkan fikiran…” tapi matangkah seseorang itu untuk menghadapi sesuatu pengalaman pahit itu. Mungkin mudah unntuk melafazkan kata-kata, tapi kadang kala amat sukar untuk dipraktikkan. Baru dua minggu aku masuk matrik, arwah mama telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Amat mengejutkan kerana baru seminggu lepas arwah mama menghantar kek hari lahir aku yang ke 18 tahun, dan arwah juga telah memasak masakan kegemaran aku dengan banyak sekali. Sewaktu itu cuma kakak-kakak dan adik-adik yang datang menyambut bufday aku di matrik kerana abah ada kerja luar dan arwah mama terpaksa menolong jiran yang mengadakan kenduri. Agak terkilan kerana arwah mama dan abah tidak dapat join dan aku juga tidak meninggalkan kek bufday aku kepada arwah mama. Setahu aku arwah mama tak suka kek, tapi malam yang sambut bufday aku itu, arwah mama call aku dan dia tanya kenapa tak tinggal sikit kek kat mama. Dari situ aku merasakan sesuatu yang pelik pada arwah mama. Ya ALLAH rasa bersalahnya aku pada arwah mama. Kek yang lebih itu aku beri kepada roommate aku. Memanglah ajal, maut, jodoh, dan pertemuan semuanya hanya Yang Maha Berkuasa sahaja yang mengetahui.
Semua itu rahsia-Nya. Ya ALLAH sungguh berat dugaan yang Kau beri kepada aku. Terjaga aku pada subuh sabtu yang hening bertarikh 12/6/2010, mengejutkan aku dengan terdapatnya hampir 60 miscall dari kakak-kakak, abah dan ahli keluarga aku yang lain. Aku menghubungi mereka kembali untuk mengetahui apa yang terjadi, memang rasa tak sedap hati sangat waktu itu sebab petang jumaat tu abah ada call. Papa memberitahu bahawa mama dimasukkan ke hospital oleh kerana demam. Tapi bila aku tanya pada papa macammana keadaan mama, papa jawab tiada apa-apa. Mama cuma demam sahaja. Mungkin papa tak nak aku risau. Tapi apabila menerima panggilan yang begitu banyak itu membuatkan aku cuak sangat. Cuma Yang Maha Agung mengetahuinya. Setelah panggilan aku diangkat, kak cik aku terus menangis, aku yang masih tak tahu apa-apa lagi ni bertambah cemas dan binggung. Selepas itu, sepupu aku Farah memberitahu aku bahawa arwah mama aku sedang berada di Wad ICU. Arwah mama dah critical. Ya ALLAH, aku tak tahu macamana nak balik ke Taiping. Sebelum ini aku belum pernah balik. Baru dua minggu aku disini. Aku meminta antara mereka yang berada di hospital itu untuk segera mengambilku di matrik kerana pihak hospital tidak membenarkan abah pergi kemana-mana. Segala maklumat tentang arwah mama akan diberitahu kepada abah dari semasa ke semasa.
Sepanjang aku bersiap dan mengemas baju, air mata aku laju mencurah-curah. Bagi aku hidup aku tidak lengkap tanpa mama, abah dan adik-beradik aku. Pak su aku yang on the way balik dari Kuala Lumpur mengambil aku di matrik. Di sepanjang perjalanan aku tidak putus-putus berdoa untuk arwah mamaku. Sampai sahaja aku di Hospital Besar Taiping, aku terus mencari Wad ICU, sesampainya aku di wad itu, Kak Yong, Kak Cik, Adik Saffa, Abang dan saudara yang lain semuanya menangis. Semakin bergelora hati aku nak tahu apa yang terjadi dan air mata aku memang tak dapat ditahan lagi. Aku terus memeluk kakak-kakak dan adik-adik aku, seterusnya mencari abah. Abah ada di dalam wad itu. Wad itu pula terhad kepada dua orang ahli keluarga dalam satu-satu masa. Abah terus mendapatkan aku di pintu masuk wad itu, aku terus berlari mencari arwah mamaku. Cadangku ingin aku bercakap dengannya, memberi semangat kepadanya, tetapi inginku cuma sia-sia. Arwah mama sudah tidak boleh bercakap ketika itu, arwah mama koma sejak arwah dimasukkan ke Wad ICU. Di sebelahnya terdapat mesin yang aku sendiri tidak tahu apa fungsinya. Ya ALLAH sedihnya aku kerana tak dapat bercakap dan meminta ampun dari mama buat kali terakhir. Sepanjang di Wad ICU itu aku tidak putus-putus berdoa semoga ada keajaiban buat Arwah mama kerana ALLAH itu maha segalanya. Saudara aku yang lain tidak putus-putus datang dan menemani kami sekeluarga dan memberi semangat kepada kami. Aku terus berharap dan berharap semoga arwah mama boleh pulih seperti biasa. Tetapi ALLAH lebih sayangkan arwah mama. Tepat jam 3 petang ahad bersamaan 13/6/2010 arwah mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan aku dan abah. Tak sempat aku meminta maaf dan bercakap dengan arwah buat kali terakhir. Baru aku sedar, semasa arwah mama datang ke matrik aku buat kali terakhir, mama peluk aku banyak kali. Dan semasa arwah mama dan aku berada di dalam toilet di blok aku selepas mengemas barang aku di dalam loker, arwah mama tengok aku dengan lama sekali. Aku fikir mungkin arwah mama berasa berat hati untuk meninggalkan aku di matrik. Mana tidaknya selepas aku tamat SPM, memang dengan arwah mama aku banyak meluangkan masa. Maklumlah anak manja. Sehari kalau aku tak mendengar arwah mama bercakap atau buat lawak memang rasa tak lengkap hari aku. Mama memang seorang yang sangat kelakar. Pernah suatu hari, kerana asyik menonton telemovie kesukaan aku, aku melengahkan solat zohor. Arwah mama yang asyik menjeling aku dari tadi kerana dah berapa kali arwah mama menyuruh aku berhenti dulu menonton dan segerakan solat, tapi aku asyik menonton lagi. Tiba-tiba arwah mama pon berkata “ Puteri Kasih Suraya, ini last mama suruh Suraya solat, kalau Suraya tak nak pergi solat juga mama tak nak cakap dengan Suraya hari ini”. selepas aku memikirkan kata-kata arwah mama aku tadi terus aku pergi menunaikan solat zohor. Aku tahu kenapa arwah mama mengugut aku begitu, kerana arwah mama tahu aku tidak boleh kalau tidak bercakap atau berlawak dengan arwah mama.
Walaubagaimanapun, selepas ini aku terpaksa menyesuaikan diri dan menerima hakikat yang aku tidak akan mendengar suaranya dan gelak ketawa arwah lagi. Sesampainya aku di rumah, hall rumah aku telah dikosongkan kerana ramai sangat orang yang datang. Oleh kerana jenazah arwah mama sampai ke rumah pada pukul 6 petang, kami sekeluarga membuat keputusan untuk mengebumikan arwah mama pada pagi esok. Ahli keluarga yang lain juga masih ramai yang belum sampai. Pak cam aku yang berada di Sabah juga mahu pulang ke Perak untuk melihat arwah kakaknya buat kali terakhir. Di saat aku lemah dengan ujian itu, aku teringat pada adik aku, Puteri Cinta Saffa yang baru berumur 8 tahun sudah kehilangan ibu. Macammana dia menerima ujian itu. Sejak arwah mama meninggal, Saffa tak henti-henti menangis dan asyik berpeluk dengan papa. Aku tak sanggup untuk memujuk Saffa kerana aku sendiri tidak kuat untuk menerima kenyataan itu. Pada aku, terlalu awal arwah mama pergi. Belum puas lagi aku nak bersama arwah mama. Jasa arwah mama  tak sempat aku balas. Tapi aku berjanji pada diri aku sendiri yang aku akan cuba menjadi kakak yang baik, memahami dan memberi sepenuh kasih sayang aku kepada adik aku supaya dia tidak berasa kurang kasih sayang seorang ibu walaupun aku sedar tak mungkin aku mampu memberikan kasih sayang kepadanya seperti arwah mama. Tapi aku akan mencuba yang terbaik. Selesai imam membaca talkin, semua orang yang berada di kubur pun bersurai. Yang tinggal cuma aku dan ahli keluarga aku. Sungguh berat untuk aku pergi meninggalkan pusara arwah mama. Adik aku tidak henti-henti menangis, puas papa dan saudara aku yang lain memujuk. Kami sekeluarga redha akan pemergian arwah ibu itu.


Bab 11
Selepas seminggu arwah mama aku pulang ke Rahmatullah, aku pulang ke Matrik. Aku membuat keputusan untuk berpindah ke bilik lain di Matrik. Aku pindah ke bilik Aiman dan Hazirah. Aku tidak mampu tinggal di bilik aku yang sepatutnya kerana aku masih teringat arwah mama bergurau senda dengan aku buat kali terakhir sambil membantu aku mengemas barang-barang masuk ke dalam loker. Terpancar keceriaan di wajah arwah mama ketika itu kerana arwah mama memang mahu aku masuk ke program matrikulasi. Aku berpindah ke bilik Aiman kerana aku dan Aiman datang dari sekolah yang sama. Aiman juga pelajar Astech cuma berlainan kursus. Aiman juga seorang yang memahami dan selalu memberi nasihat serta dorongan kepada aku. Hazirah juga seorang roommate yang baik dan berasal dari Kelantan. Selain Aiman, Izzati dan Nurmi juga pelajar Astech yang masuk ke Matrikulasi Perak itu. Mereka sentiasa ada bila aku ada masalah. Walaupun begitu, aku tidak banyak meluangkan masa di matrik pada setiap hujung minggu kerana aku akan balik rumah setiap minggu. Kalau aku terlalu banyak assignment, papa dan family aku yang lain akan datang melawat aku di Matrik. Begitulah rutin hujung minggu papa iaitu menghantar aku pulang ke Matrik atau datang melawat aku di Matrik. Aku tahu kenapa papa buat begitu, dia tak nak aku sedih dan tak nak pelajaran aku terganggu.

Papa adalah seorang yang sangat penyayang. Semua kasih sayangnya, dia berikan kepada kami adik-beradik sama rata. Cuma kadang-kadang aku suka mengusik adik bongsu aku, aku selalu kata dia anak manja dan papa lebih sayangkan dia. Sekarang sudah 3 tahun arwah mama pergi. Adik Saffa banyak berubah. Dia seperti lebih cepat matang. Walaupun baru berumur 12 tahun, dia sudah pandai dalam pelbagai hal. Memang benarlah kata pujangga, pengalaman mematangkan fikiran. Tapi walaupun begitu, aku masih melayannya seperti budak kecil. Setiap kali ada lawatan sekolah, aku mesti risau sangat untuk melepaskan dia pergi. Kalau lawatan itu membenarkan ibu bapa atau penjaga ikut sekali, mesti aku akan ikut. Contohnya sewaktu dia berada di tahun 5, sekolah dia mengadakan lawatan ke Cameron Highland, aku sangat risaukan dia, setiap setengah jam aku mesti akan call di untuk mengetahui keadaan semasa dia. Tapi awal tahun 2014 ini, dia mengikuti lawatan ke Pulau Langkawi, aku menemani dia ke sana kerana pelajar dibenarkan membawa ibu bapa atau penjaga ikut sekali lawatan itu. Memang seronok sangat la dia kerana aku mengikutinya. Mujur la jadual lawatan itu adalah pada cuti semester aku semasa di tahun ketiga di Universiti Malaysia Perlis. Jadi dapat la aku menemaninya ke Pulau Langkawi. Aku berasa bahagia sangat bila tengok dia gembira. Macam-macam aktiviti kami lakukan di pulau itu. Selain aku, ada lagi seorang kawan sekelas aku di sekolah rendah dan sekolah menengah di SABAR menemani adiknya iaitu Shahril. Shahril adalah anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Selepas aku berpindah ke Astech, kami jarang berjumpa cuma Shahril ada beberapa kali datang beraya ke rumah aku. Di Pulau Langkawi, kami melawat banyak tempat seperti Telaga Tujuh, Pusat Sains Pulau Langkawi, Pulau Cenang, Pulau Dayang Bunting, Banjaran Gunung Mat Cincang dan beberapa tempat lagi. Selepas tiga hari kami pulang ke Perak kembali.